Ahad, 9 September 2012

KENALI TOPIK SENSITIF LELAKI




D
i bawah ini saya konsikan sedikit topik-topik yang sensitif di bualkan bersama pasangan anda. Ini adalah sebahagian sahaja daripadanya mungkin ada lagi topik-topik yang tidak di gemari oleh pasangan anda. Kenali pasangan anda supaya    hubungan rumah tangga anda jadi lebih harmoni.  


1) Elak menceritakan ada seseorang lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.

2) Membenci ibunya. Jikalau ada menyimpan perasanan kurang senang jangan terlalu menunjul meluahkannya. Maskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya dan jangan cuba menokoh tambah, sebaliknya bertindak menenangkannya. Jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.

3) Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya, ini akan menjejaskan kepecayaannya terhadap anda dan jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda,ini akan menimbulkan kemarahannya sahaja.

4) Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan masa lalu.

5) Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda.

6) Jangan buat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika suatu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah, maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.

7) Cerai adalah perkataan yang paling harus dihindari walaupun berlaku perselisihan faham yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki. 
8) Elak membanding pendapatan, apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan si suami dan menjadi konflik dalam hubungan yang harmoni.

9) Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati untuk berkonsi hal-hal persendirian.Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki tidak gemar kisah mereka dijaja.