Isnin, 16 Disember 2013

ALLAH MENYAYANGI WANITA




A
pabila Allah S.W.T. menharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan Allah S.W.T. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi Allah menyayangi wanita.

Hukum Allah yang kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya. Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan belaku kemalangan sekali gus selamatlah perjalanan. Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang teranianya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri dan merosakan orang lain.

Begitulah rahsia Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaaatnya pasti ada walaupun kekadang tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia. Percayalah, Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang disukai oleh si anak.

Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya. Dia akan menangis jika dihalang…..Mengapa? fikiran si anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya. Si anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya, berbanding ibunya. Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya. Orang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau haram melainkan dengan berkata “kami taat dan kami patuh.”

Inilah yang digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud : “Rasul (Muhammad S.A.W.) telah bermain kepada apa yang turunkan kepadanya daripada Tuhannya (al-Quran), demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya.’ Meraka berkata lagi:’ Kami dengar dan kami taat ,’ serta (kami memohon), ‘keampunan-Mukami wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami kembali.”  (Surah Al-Baqarah 2:285)

Justeru, jika kita mengaku kita beriman, akurlah pada setiap perintah Allah S.W.T. itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hamba-Nya. Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat? Belum tibakah masanya lagi untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?