Rabu, 23 Januari 2013

MAULIDUL RASUL



H
ari ini 12 rabiulawal 1434. Korang tahu tak ini hari ini apa?...ya, betul. Hari ini adalah hari Maulidul Rasul. Apa itu Maulidul Rasul? Maulidul Rasul tu adalah hari ke putraan Baginda Rasullulah S.A.W atau pun hari Nabi Muhammad Bin Abdullah di lahirkan. aku ingin berkongsi sedikit  cerita mengenai perkara-perkara pelik yang berlaku sebelum kelahiran Rasullulah S.A.W. Sebelum tu, tarikh lahir Baginda ialah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah atau ahli sejarah mengatakan 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah. 

Siti Aminah Binti Wahab iaitu ibu Baginda menceritakan sebelum melahirkan Nabi Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersamanya satu cahaya yang memenuhi bumi dan Siti Aminah melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlidung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.” Selain itu, Siti Aminah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Nabi Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sirah lagi, Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan. 

Hasan Bin Thabit, seorang penyair. Menceritakan salah satu perkara pelik yang berlaku sewaktu kelahiran Muhammad Bin Abdullah adalah semasa dia berumur tujuh  tahun dan berada di Madinah atau Yathrib. Pada hari itu, dia berada di dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang umala Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, “Bintang Ahmad sudah muncul di langit.” Bintang ini hanya muncul apabila Nabi Muhammad dilahirkan dan kejadian ini di saksikan sendiri olah Hasan.  

Antara perkara pelik yang lain adalah bergegarnya Lwan  Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada ketika itu.gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak penah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus.





Sumber : Biografi Muhammad Bin Abdullah
                                                                        Karangan : Zulkifli Mohd. Yusoff  &
                                                                                          Noor Naemah Abd. Rahman