Seorang sahabat telah menjemput Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika mereka sedang menikmati hidangan, seorang daripada mereka telah membuang angin. Para sahabat cuma berpandangan sesama mereka. Wajah Nabi S.A.W. juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu.
Apabila masuk waktu solat maghrib,
Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang telah memekan daging unta, sila berwuduk.”
Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi S.A.W. telah melindungi seseorang
daripada menanggung malu atas perbuatannya.
Allah S.W.T. megecam orang yang
selalu menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang mukmin lain, bahkan
bagi mereka azab pedih di dunia dan akhirat. Ini sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang ingin agar
(berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang yang
beriman, bagi mereka azab pedih di dunia dan akhirat . Dan Allah Maha
Mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Surah al-Nur 24:19)
Aib
yang sifatnya merupakan kejadian Allah seperti kecacatan pancaindera, tidak
boleh dibicarakan dan disebarkan kerana pandangan majority ulama berpendapat
bahawa perbuatan itu merupakan satu dosa. Apabila kita menyebarkannya bererti
menghina Penciptanya. (Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din)
Jika kita mendapati saudara kita
melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina dan lain-lain, jangan
sebarkannya. Namun, kita masih lagi bertanggungjawab menegah yang mungkar dan
menunjukkan jalan makruf.
Imam al-syafi’I berkata: “Sesiapa
yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia
benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa
menjaga rahsianya,bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.”
(Sharh Sahih Muslim)
Dosa yang dilakukan seseorang secara
sembunyi-sembunyi tetapi mengakibatkan kerugian pihak tertentu seperti
perbuatan mencuri, rasuah dan sebagainya, boleh diselidik, dibongkar serta
dilaporkan kepada pihak berwajib kerana maksiat seperti ini akan mencipta
mudarat yang lebih besar jika dibiarkan.