Rabu, 8 Mei 2013
KESABARAN.....
Ata' bin Abi Rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya,
"Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"
Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w
mengadu ia telah dirasuk."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan
sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan
tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih
segara."
Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya
syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.