Abdullah bin Ja’far bin al-Miswar meriwayatkan kisah tentang
sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat muslimah. Pada suatu hari, terdapat
seorang perempuan Arab Muslimah. Pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang
jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian
datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan
tersebut.
“Buka
penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Permbuan
itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”
Si
tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam
memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian
belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan
itu bangun maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, orang Yahudi ketawa
terbahak-bahak.
“Ha….ha…ha….padan
muka kamu!”
Lantas
perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”
Tiba-tiba
datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu
membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas
dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga
lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi
tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.(Ibn
Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)
Adakah
kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah
tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat
atas dasar sukarela, “IKHLAS” dari hati mereka.
Berdasarkan
cerita di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (aurat).
Wanita perlu memahami syariat, lantas menyebutnya dengan hati terbuka dalam
bentuk amalan.
Bagi
lelaki pula, jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam
apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang,
termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah
jagaan mereka agar menitikberatkan enjagaan aurat sebaiknya.

