Isnin, 23 Disember 2013

SELINDUNG AIB ORANG


Seorang sahabat telah menjemput Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika mereka sedang menikmati hidangan, seorang daripada mereka telah membuang angin. Para sahabat cuma berpandangan sesama mereka. Wajah Nabi S.A.W. juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu.
 
            Apabila masuk waktu solat maghrib, Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang telah memekan daging unta, sila berwuduk.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi S.A.W. telah melindungi seseorang daripada menanggung malu atas perbuatannya.

            Allah S.W.T. megecam orang yang selalu menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang mukmin lain, bahkan bagi mereka azab pedih di dunia dan akhirat. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab pedih di dunia dan akhirat . Dan Allah Maha Mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Surah al-Nur 24:19)

            Aib yang sifatnya merupakan kejadian Allah seperti kecacatan pancaindera, tidak boleh dibicarakan dan disebarkan kerana pandangan majority ulama berpendapat bahawa perbuatan itu merupakan satu dosa. Apabila kita menyebarkannya bererti menghina Penciptanya. (Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din)

            Jika kita mendapati saudara kita melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina dan lain-lain, jangan sebarkannya. Namun, kita masih lagi bertanggungjawab menegah yang mungkar dan menunjukkan jalan makruf.

            Imam al-syafi’I berkata: “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya,bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.” (Sharh Sahih Muslim)

            Dosa yang dilakukan seseorang secara sembunyi-sembunyi tetapi mengakibatkan kerugian pihak tertentu seperti perbuatan mencuri, rasuah dan sebagainya, boleh diselidik, dibongkar serta dilaporkan kepada pihak berwajib kerana maksiat seperti ini akan mencipta mudarat yang lebih besar jika dibiarkan.

Isnin, 16 Disember 2013

ALLAH MENYAYANGI WANITA




A
pabila Allah S.W.T. menharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan Allah S.W.T. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi Allah menyayangi wanita.

Hukum Allah yang kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya. Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan belaku kemalangan sekali gus selamatlah perjalanan. Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang teranianya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri dan merosakan orang lain.

Begitulah rahsia Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaaatnya pasti ada walaupun kekadang tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia. Percayalah, Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang disukai oleh si anak.

Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya. Dia akan menangis jika dihalang…..Mengapa? fikiran si anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya. Si anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya, berbanding ibunya. Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya. Orang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau haram melainkan dengan berkata “kami taat dan kami patuh.”

Inilah yang digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud : “Rasul (Muhammad S.A.W.) telah bermain kepada apa yang turunkan kepadanya daripada Tuhannya (al-Quran), demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya.’ Meraka berkata lagi:’ Kami dengar dan kami taat ,’ serta (kami memohon), ‘keampunan-Mukami wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami kembali.”  (Surah Al-Baqarah 2:285)

Justeru, jika kita mengaku kita beriman, akurlah pada setiap perintah Allah S.W.T. itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hamba-Nya. Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat? Belum tibakah masanya lagi untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?

Isnin, 9 Disember 2013

UJIAN ALLAH



Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan aku tertanya, kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku? atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari. Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu. Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan. Susahnya kehidupan seorang pelajar. Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

Isnin, 27 Mei 2013

KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI QAINUQA’



Abdullah bin Ja’far bin al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah. Pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
                Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan tersebut.
                “Buka penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
                Permbuan itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”
                Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu bangun maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
                “Ha….ha…ha….padan muka kamu!”
                Lantas perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”
                Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
                Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.(Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)
                Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “IKHLAS” dari hati mereka.
                Berdasarkan cerita di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyebutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan.
                Bagi lelaki pula, jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan enjagaan aurat sebaiknya.

Isnin, 20 Mei 2013

ALLAH MENYAYANGI WANITA



A
pabila Allah S.W.T. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan Allah S.W.T. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi Allah menyayangi wanita.
Hukum Allah yang kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya. Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan belaku kemalangan sekali gus selamatlah perjalanan. Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang teranianya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri dan merosakan orang lain.
Begitulah rahsia Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaaatnya pasti ada walaupun kekadang tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia. Percayalah, Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan, walaupun sesuatu yang disukai oleh si anak.
Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya. Dia akan menangis jika dihalang…..Mengapa? fikiran si anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya. Si anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya, berbanding ibunya. Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya. Orang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau haram melainkan dengan berkata “kami taat dan kami patuh.”
Inilah yang digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud :“Rasul (Muhammad S.A.W.) telah beriman kepada apa yang turunkan kepadanya daripada Tuhannya (al-Quran), demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya.’ Meraka berkata lagi:’ Kami dengar dan kami taat ,’ serta (kami memohon), ‘keampunan-Mukami wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami kembali.”  (Surah Al-Baqarah 2:285)
Justeru, jika kita mengaku kita beriman, akurlah pada setiap perintah Allah S.W.T. itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hamba-Nya. Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat? Belum tibakah masanya lagi untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?