Isnin, 28 Januari 2013

JANGAN BIAR RASUL BERSEDIH



Assalammualaikum kepada sidang pembaca blog ni. Harap – harap semua dalam redha Allah hendaknya. Kita masih didalam bulan Rabiulawal lagi ni iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Kali ini saya nak mengupas tajuk “JANGAN BIAR RASUL BERSEDIH”. Sahabat-sahabat tahu apa yang membuatkan Rasulullah S.A.W  bersedih tak? Perkara yang buat Rasulullah S.A.W  bersedih adalah apabila umat Baginda tidak lagi membaca Al-Quran ataupun meninggalkan bacaanAl-Quran.


Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W. telah mewariskan kepada kita umat yang di cintai ini dengan mukjizat Al-Quran di mana apabila kita berpegang teguh dengan Al-Quran ini dijanjikan bahawa kita tidak akan sesat (bukan sesat jalan tapi sesat dari pegangan iman). Rugilah kita kalau kita tidak merebut pahala yang Allah beri kepada orang yang membaca Al-Quran ini seperti yang di nyatakan dalam hadith ini “sesiapa yang membaca satu huruf (sahaja) dari Al-Quran, maka akan diberikan satu pahala. Dan satu pahala tersebut digandakan pula kepada 10 pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf.” Subhanallah, lapas ni boleh la sahabat kira pahala kalau baca surah Al-fatihah pulak. Begitu kasihnya Allah kepada hamba-hamba-Nya sehingga setiap satu pahala akan digandakan pulak kepada 10 tetapi kalau kita melakukan maksiat atau dosa kepada-Nya tidak pulak digandakan dosa kita itu. Di dalam hadith yang lain pulak di katakan Baginda bersabda  Siapakah diantara kamu yang dapat khatam Al-Quran dalam jangka masa dua, tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya menjawab. Malah Saiyidina Ummar mengatakan bahawa ianya mustahil dapat khatam Al-Quran dalam masa  yang begitu cepat. Kemudian saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada saiyidina Ali bahawa dia tidak tahu apa-apa yang dikatakannya. Lantas saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab dengan mengatakan saiyidina  Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali , ganjarannya sama dengan 10 juzuk Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali maka khatamlah Al-Quran kerana bersamaan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Mudah bukan Islam ini? Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran. Sanggup ke kita biarkan Rasulullah berterusan bersedih sedangkan di hujung usia Baginda, Baginda masih menyebut-nyebut “umnati,umnati,umnati” iaitu umat ku, umat ku, umat ku. Bacalah Al-Quran walaupun sedikit tetapi istiqamah, itu lebih baik dari baca Al-Quran dengan banyak tetapi tidak istiqamah.

*************************************************************************************
:::..Tips untuk khatam Al-Quran dalam masa satu bulan..:::

  • Baca empat muka surat Al-Quran selepas setiap solat fardhu.

Ini kerana satu juzuk ade 20 muka surat jadi  4 × 5 = 20