Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W
memberitahu
tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu
akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia
akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu
kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah
kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu
sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu
siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu
: "Adakah kamu Al-Qur' Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya
: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak
sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu
telah mempelajari
Al-Qur'an."
