Assalammualaikum kepada sidang pembaca
blog ni. Harap – harap semua dalam redha Allah hendaknya. Kita masih didalam
bulan Rabiulawal lagi ni iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Kali ini
saya nak mengupas tajuk “JANGAN BIAR RASUL BERSEDIH”. Sahabat-sahabat tahu apa
yang membuatkan Rasulullah S.A.W bersedih tak? Perkara yang buat Rasulullah
S.A.W bersedih adalah apabila umat
Baginda tidak lagi membaca Al-Quran ataupun meninggalkan bacaanAl-Quran.
Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W.
telah mewariskan kepada kita umat yang di cintai ini dengan mukjizat Al-Quran
di mana apabila kita berpegang teguh dengan Al-Quran ini dijanjikan bahawa kita
tidak akan sesat (bukan sesat jalan tapi sesat dari pegangan iman). Rugilah
kita kalau kita tidak merebut pahala yang Allah beri kepada orang yang membaca
Al-Quran ini seperti yang di nyatakan dalam hadith ini “sesiapa yang membaca satu huruf (sahaja) dari Al-Quran, maka akan
diberikan satu pahala. Dan satu pahala tersebut digandakan pula kepada 10
pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif
itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf.” Subhanallah,
lapas ni boleh la sahabat kira pahala kalau baca surah Al-fatihah pulak. Begitu
kasihnya Allah kepada hamba-hamba-Nya sehingga setiap satu pahala akan
digandakan pulak kepada 10 tetapi kalau kita melakukan maksiat atau dosa
kepada-Nya tidak pulak digandakan dosa kita itu. Di dalam hadith yang lain
pulak di katakan Baginda bersabda “Siapakah diantara kamu yang dapat khatam
Al-Quran dalam jangka masa dua, tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya
menjawab. Malah Saiyidina Ummar mengatakan bahawa ianya mustahil dapat
khatam Al-Quran dalam masa yang begitu
cepat. Kemudian saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada saiyidina Ali bahawa dia tidak tahu apa-apa yang dikatakannya. Lantas saiyidina
Ali membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab
dengan mengatakan saiyidina Ali betul. Membaca
surah Al-Ikhlas sekali , ganjarannya sama dengan 10 juzuk Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali maka khatamlah Al-Quran kerana
bersamaan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Mudah bukan Islam ini? Jadi apa
lagi alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran. Sanggup ke kita biarkan Rasulullah
berterusan bersedih sedangkan di hujung usia Baginda, Baginda masih
menyebut-nyebut “umnati,umnati,umnati” iaitu umat ku, umat ku, umat ku. Bacalah
Al-Quran walaupun sedikit tetapi istiqamah, itu lebih baik dari baca Al-Quran
dengan banyak tetapi tidak istiqamah.
*************************************************************************************
:::..Tips untuk khatam Al-Quran dalam masa satu bulan..:::
- Baca empat muka surat Al-Quran selepas setiap solat fardhu.
Ini kerana satu juzuk ade 20 muka
surat jadi 4 × 5 = 20


