Dimanakah cantiknya seorang wanita? Mungkingkah pada sepasang matanya yang
hening, yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu menberikan
kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-meju menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala member kucupan mersa di dahi umi, ayah,
suami dan pipi mungil anak-anaknya. Atau mungking juga pada hilai tawanya dan
suara manjanya yang dapat melembutkan perasan.
Namun begitu, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya, segalanya akan pergi jua. Wajah akan menjadi suram dan berkedut, mata pula akan menjadi kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat kewanitaan yang di pupuk dengan iman ibadah dan akhlak mulia.