Rabu, 19 September 2012

COKLAT GELAP


P
enyelidik di institusi Perubatan John Hopkins telah menemui bahan dalam coklat gelap yang mungkin dapat melindungi otak selepas serangan strok dengan meningkatkan isyarat sel yang diketahui melindungi sel saraf dari rosak.

Selepas 90 minit memberikan daet epikatekin,bahan semula jadi coklat gelap,saintis mengenakan serangan strok kepada tikus makmal dengan memotong bekalan darah ke otaknya dan mendapati kurangnya kerosakan berbanding tikus yang tidak diberikan bahan tersebut.


Rawatan kepada manusia perlu diberikan dua hingga tiga jam selepas serangan untuk bertindak belas, namun epikatekin didapati mengehadkan kerosakan neuron otak dalam masa 3.5 jam selepas tikus diserang strok. Rawatan selepas enam jam selepas serangan, bagaimanapun tidak memberikan perlindungan kepada sel otak.

Sylvain Dore, seorang profesor madya bahagian anestesiologi, perubatan rawatan kritikal, farmakologi dan sains molekul di Fakuti Perubatan Universiti John Hopkins menyatakan, kajiannya menyarankan epikatekin merangsang dua jalan yang melindungi sel otak dari rosak.

Kajian yang disiakan di internet bertajuk Journal of Cerebral Blood Flow and Metabolism itu menyatakan bahawa amaun coklat gelap yang perlu diambil untuk mendapatkan kesan perlindungan otak masih belum jelas, kerana Dore belum membuat kajian mendalam dari sudut pembuktian klinikal.