|
H
|
ari ini 12 rabiulawal 1434. Korang tahu tak ini hari
ini apa?...ya, betul. Hari ini adalah hari Maulidul Rasul. Apa itu Maulidul Rasul?
Maulidul Rasul tu adalah hari ke putraan Baginda Rasullulah S.A.W atau pun hari
Nabi Muhammad Bin Abdullah di lahirkan. aku ingin berkongsi sedikit cerita mengenai perkara-perkara pelik yang
berlaku sebelum kelahiran Rasullulah S.A.W. Sebelum tu, tarikh lahir Baginda
ialah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah atau ahli sejarah mengatakan 50
hari selepas peristiwa tentera bergajah.
Siti Aminah Binti Wahab
iaitu ibu Baginda menceritakan sebelum melahirkan Nabi Muhammad, dia bermimpi
melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersamanya satu cahaya
yang memenuhi bumi dan Siti Aminah melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku
berlidung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua
orang yang dengki.” Selain itu, Siti Aminah pernah memberitahu, semasa dia
mengandungkan Nabi Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sirah
lagi, Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.
Hasan Bin Thabit,
seorang penyair. Menceritakan salah satu perkara pelik yang berlaku sewaktu
kelahiran Muhammad Bin Abdullah adalah semasa dia berumur tujuh tahun dan berada di Madinah atau Yathrib.
Pada hari itu, dia berada di dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang
umala Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua
orang, “Bintang Ahmad sudah muncul di langit.” Bintang ini hanya muncul apabila
Nabi Muhammad dilahirkan dan kejadian ini di saksikan sendiri olah Hasan.
Antara perkara pelik
yang lain adalah bergegarnya Lwan Kisra
iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada ketika itu.gegaran itu
menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi
sejak beribu-ribu tahun yang tidak penah padam sebelum ini terpadam. Gegaran
itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan
istana Raja Farsi itu tertimbus.
Sumber
: Biografi Muhammad Bin Abdullah
Karangan
: Zulkifli Mohd. Yusoff &
Noor Naemah Abd. Rahman