|
A
|
pabila Allah S.W.T. menharamkan wanita mendedahkan
kecantikan zahirnya, bukan Allah S.W.T. hendak menyekat kebebasan wanita,
tetapi Allah menyayangi wanita.
Hukum Allah yang kita
taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau
dan kuning, papan tanda dan sebagainya. Dengan mematuhi peraturan jalan raya,
tidak akan belaku kemalangan sekali gus selamatlah perjalanan. Begitulah dengan
mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan.
Tidak ada wanita yang teranianya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri dan merosakan
orang lain.
Begitulah rahsia Allah
S.W.T. Yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu,
manfaaatnya pasti ada walaupun kekadang tidak dapat dijangkau oleh fikiran
manusia. Percayalah, Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu
kepada anaknya. Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal
anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun
sesuatu yang disukai oleh si anak.
Anak yang sedang
merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya. Dia akan menangis jika
dihalang…..Mengapa? fikiran si anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya.
Si anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya, berbanding
ibunya. Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya.
Orang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama
ada yang wajib atau haram melainkan dengan berkata “kami taat dan kami patuh.”
Inilah yang digambarkan
oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud : “Rasul (Muhammad S.A.W.) telah
bermain kepada apa yang turunkan kepadanya daripada Tuhannya (al-Quran),
demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):
‘Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain daripada
rasul-rasul-Nya.’ Meraka berkata lagi:’ Kami dengar dan kami taat ,’ serta
(kami memohon), ‘keampunan-Mukami wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami
kembali.” (Surah Al-Baqarah 2:285)
Justeru, jika kita
mengaku kita beriman, akurlah pada setiap perintah Allah S.W.T. itu. Dia
inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hamba-Nya. Namun begitu,
mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat? Belum tibakah masanya lagi untuk
mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?